Perodua Bezza Facelift April 2017..

Hai semua, jom cuci mata tengok Perodua Bezza Facelift baru ni. Tak banyak sangat pun perubahannya, at least berbaloi lah jugak sebab harga OTR takda kenaikan pun. Semua orang tahu kan Bezza ni Sedan Segmen A yang paling laris dekat Malaysia ni. Apa tidaknya, berbaloi utk orang yang mahukan nilai tambah dari barang yang dibeli. Bezza boleh dikategorikan sebagai kereta murah lagi berbaloi untuk dimiliki. Sejak dilancarkan 21 Julai 2016, berpuluh ribu unit telah terjual. Tak lama lagi cecah ratus ribu unit lah tu. 


Bezza didatangkan dalam lima varian, iaitu 1.0L (MT & AT), 1.3L Premium X (MT & AT) dan 1.3L Advance Version (AT sahaja). Perodua Bezza ini turut dianugerahkan Debut Kereta Terbaik 2017 oleh Frost & Sullivan Malaysia.


Perodua Bezza kali ni tidak mempunyai but yang tonggek lagi. Maknanya tak nampak lagilah segala part2 bawah seperti sistem gantungan, dll yang dirasakan menyakitkan pandangan mata bagi sesetengah orang. Tapi mereka yang ada kelebihan, semua tu tak menjadi masalah kerana ia boleh dicover dengan skirting yang pelbagai design. Pihak Perodua juga siap menyediakan beberapa pakej yg dikenali sebagai GearUp untuk mencantikkan lagi kereta Bezza anda. Tinggal pilih je mana yang berkenan di hati dan mampu. 


Antara yang dipertingkatkan pada Bezza 2017 ini adalah, design but baru yang lebih labuh dan agak sedikit kembang, no more tonggek, kemasan chrome (sebelum ni cat silver sahaja) pada tombol kawalan bahagian dalaman kereta, dan desain kerusi kulit yang lebih sporty, lebih umpph gitu. Bestnya beli tahun ni. Duit lebih, beli lah yang advance warna hitam, tambah package GearUp Stylish package, gerenti cun lah kannn. Teringinnya. Inn Sha Allah..


Tempahan pre-order Perodua Bezza ni telah dibuka pada 15 April 2017. Jenguk2 lah website Perodua yea kalau nak tengok spesifikasi kereta dengan lebih details dan tengok pakej GearUp yang ada. Sekian dulu..Jom tengok gambar di bawah. * Gambar adalah Perodua Bezza versi Advance tanpa Gear Up ya..















BOLEH LAWAN YANG BAWAH NI TAK??? HEHE..

CUN HONDA CITY BARU 2017..





Comments