Thursday, 25 October 2012

Pengajian Makanan UPM #2..

UPDATED..Latest 2012..



..súper delicioso..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Saya sekali lagi membuat post berkenaan kos ini (Pengajian Makanan)..Bila tgk statistik, ramai pula yang review post Pengajian Makanan yang lepas..Jadi, saya tak nak ada yang konfius2 ttg kos ni..Adek2 yang review saya punya post sebelum masuk kos ni dah pun memulai sesi pembelajaran tahun ini pada September lepas..Saya punya review yg dulu adalah mengenai subjek2 dan juga opsyen2 yang ada dalam kos ni untuk batch saya dan sebelum saya..Rupanya Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah mengubahsuai kos Pengajian Makanan ini untuk pelajar batch selepas saya (Tahun-2 sekarang) dan juga junior (Tahun-1 sekarang)..Sebelum tu, mohon maaf andai info2 yg sy postkan ini tidak sahih..Insyaallah betul, sebab ada tanya2 jugak dengan junior..

Untuk mereka yang Tahun-2 sekarang, Khusus untuk mereka sahaja, satu-satunya Program Pengajian Makanan yang tiada subjek masak-memasak..Mereka hanya diberi pilihan samada memilih opsyen Management (Pengurusan) ataupun Marketing (Pemasaran). Mungkin ada sebab2 tertentu kot..Saya juga tak pasti..So, pasti ada dikalangan mereka yang minat masak memasak tu kecewa tak dapat merasa subjek tu yea..Mereka just menjadi pelajar2 yang berlandaskan operasi makanan, kualiti makanan, bisnes makanan dan lain2.

Untuk mereka yang Tahun-1 sekarang, Khusus untuk mereka dan onwards (maybe), maksudnya mungkin untuk pengambilan yang akan datang juga begini..Saya pun tak faham kenapalah mereka suka tukar2 kan, kesian budak2 yang bercadang nak ambik kos ni..Kali ini ada Program baharu iaitu Program Pengurusan Perkhidmatan Makanan (PPM)..Program Pengajian Makanan pun still ada lagi..Cuma kali ini, mereka dah tak payah nak pilih opsyen2 dah time Tahun Ke-2..

Senang cerita, siapa yang ambil Pengajian Makanan akan belajar pengurusan makanan, dan bisnes macam tu, tanpa masak memasak..Dan bagi mereka yang ambil kos PPM tu, mereka akan belajar pengurusan, perkhidmatan makanan beserta masak2..Details tentang subjek2 dalam kos-kos tersebut tak dapat saya nak terangkan dengan lebih lanjut kerana banyak perubahan subjek yang telah dibuat..Banyak beza from ours in the third year..

Don’t Give Up..Choose the Best, be the Best..Pengajian Makanan best sebenarnya, akan belajar banyak benda yang dapat membentuk kemahiran pelajar untuk diaplikasikan di luar bidang ini. Harap dapat gambaran lah tentang kos ni yea..Oh, jangan lupa, Fakulti Sains Dan Teknollogi Makanan UPM ada Program Sains Dan Teknologi Makanan..Kos ini untuk mereka yang sangat berminat bermain dengan makanan di dalam makmal..^_^..


Mucha gracias for coming..

6 comments:

  1. salam akak.. saya mendapat tawaran dalam bidang Pengurusan Perkhidmatan Makanan di UPM.. saya sebenarnya kurang minat dalam bidang ini dan disebabkan kurang terdedah dgn bidang ni. makna nya kalau sy belajar PPM ni saya akn belajar memasak mengurus? bidang pekerjaan nnt sama tak dengan pengajian makanan? boleh tak dari bidang ini sy tukar kepada dietetik? dan kalau saya blh tukar kpd dietetik adkah sy perlu belajar dr awal bidang dietetik itu?

    ReplyDelete
  2. asalam. nak tnya, amek program pengajian makanan dkt upm ada subjek math tak? ^_^!

    ReplyDelete
  3. Wasalam purplelita..maaf kakak jarang jenguk blog, jd reply pun lmbt..jika awk jenguk lg, ni je yg sy dpt jwb..awak mohon ke bidang ni dalam upu?..kalau tak minat, jgn teruskan, cari alternatif lain..kalau nak tukar blh, tapi setahu saya kena belajar satu tahun dulu, baru blh tukar..skrg ni mgkin blh tukar selepas belajar satu sem, tapi itu saya kurang pasti, kalau nak tukar kena bincang dgn dekan tau, jumpa dekan, blajar bgi pointer capai 3.+++ above..yea,kna bljar dri awal bidang tu kecuali subjek universiti yg awak dh ambil, awak tak perlu ulang..PPM ni awak akan belajar pengurusan dalam bidang perkhidmatan makanan, lebih kepada pengurusan..contohnya menjadi manager dalam event2 hotel yang related to dinner or any majlis yang besar2..awk juga akan belajar menyediakan masakan yang relate kpd event2 tu..kalau minat, pasti best..itu apa yang saya tahu dari kawan2 saya lah..pengajian makanan maybe lebih kepada pengurusan, marketing, kualiti makanan..tapi subjek2 nya pun ada jgak yg sama..belajar sains makanan jgak, ada subjek dlm makmal jgak, if xda choice, dont worry, try je dlu study dlm kos ni..

    ReplyDelete
  4. Wasalam mawar kamila, yeap, pengajian makanan ada math, tapi xbnyak...:), statistik je, then ada subjek2 akaun yang memerlukan simple mathematic..

    ReplyDelete
  5. salam akak..saya nak tanya program pengajian makanan total berapa jam kredit? saya dalam proses pindah ke UPM dari Sabah atas faktor kesihatan.Jadi sy tgh mencari kos yg paling hampir dengan kos sy di UMS (sains makanan dan pemakanan). Hope akak boleh berikan pandangan di emel saya (zacliforent@yahoo.com) terima kasih byk2 :)

    ReplyDelete
  6. Wasalam Zafirah, cek email awk yea..:)

    ReplyDelete